Terma dan Syarat


  1. Sebarang rakaman audio, video, kamera atau seumpamanya TIDAK dibenarkan di sepanjang program 10X Bina Bisnes Berjaya 2022 - Bangkit Bisnes Dari Krisis (“Program”) dijalankan. Pihak penganjur, Richworks International Sdn. Bhd. (“Penganjur” atau “RichWorks”) berhak mengambil tindakan sewajarnya dengan merampas sebarang peralatan rakaman yang digunakan sekiranya peraturan ini tidak dipatuhi oleh peserta program.

  2. Semua bahan pembelajaran dan kaedah aplikasi dalam program ini adalah hak intelek Penganjur dan sebarang penggunaannya adalah tertakluk kepada undang-undang harta intelek iaitu Akta Hak Cipta 1987 dan Akta Cap Dagangan 1976. Dilarang sama sekali pengulangan cetak atau penerbitan atau penyebaran semula bahan pembelajaran dan kaedah aplikasi yang digunakan.

  3. Penganjur MELARANG mana-mana pihak daripada mengadakan program atau latihan seumpama program ini atau menggunakan nama dan kaedah seumpamanya tanpa kebenaran bertulis daripada Penganjur yang merupakan pemilik sah harta intelek berkaitan dengan program ini.

  4. Penganjur akan membuat rakaman di sepanjang program untuk tujuan pemasaran dan promosi. Sekiranya, peserta program tidak mahu dirakamkan di dalam apa jua bentuk rakaman, peserta program berkenaan dikehendaki memilih tempat yang dikhaskan iaitu di bahagian belakang dewan di mana program dijalankan.

  5. Penganjur MELARANG sebarang kegiatan seperti mengambil data/butiran peserta, mengedar risalah, menjual barang atau apa-apa jua aktiviti yang tidak mendapat kelulusan bertulis daripada Penganjur sama ada di dalam atau di luar kawasan di mana program diadakan.

  6. Peserta program perlu memakai “wristband” dan “lanyard tag” sepanjang program. Jika hilang atau tertinggal, denda sebanyak RM50 akan dikenakan.

  7. Tiada penggantian percuma akan diberikan untuk buku nota yang hilang. Denda sebanyak RM50 akan dikenakan bagi setiap penggantian buku nota.

  8. Peserta program dikehendaki memastikan bahawa telefon bimbit mereka berada di dalam keadaan ‘silent mode’ untuk mengelakkan sebarang gangguan semasa program dijalankan. Peserta yang ingkar dengan peraturan ini akan dikenakan denda berjumlah RM50/- untuk kesalahan pertama dan RM100/- untuk setiap kesalahan yang berikutnya.

  9. Penganjur berhak membatalkan penyertaan peserta program yang mengingkari atau melanggari mana-mana syarat penyertaan yang dinyatakan dengan serta-merta dan yuran penyertaan program tidak akan dikembalikan kepada peserta program berkenaan.

  10. Susun atur tempat duduk di dalam dewan di sepanjang program ini berlangsung adalah diasingkan antara lelaki dan wanita. Sila patuhi arahan papan tanda dan pegawai yang bertugas.

  11. Hanya peserta yang berumur 18 tahun dan ke atas sahaja yang dibenarkan menyertai program.

  12. Adalah menjadi kewajipan peserta yang hamil untuk memaklumkan pihak penganjur tentang tempoh kehamilan mereka ketika pendaftaran program. Laluan khas disediakan untuk peserta yang hamil. Kehamilan pada atau melebihi 32 minggu TIDAK digalakkan mengikuti program. Jika peserta program tetap mahu hadir walaupun telah melebihi tempoh kehamilan, ianya menjadi tanggungjawab peserta sendiri dan pihak penganjur bebas daripada sebarang kemungkinan atau/dan liabiliti yang timbul akibat daripada penyertaan peserta di program tersebut. Peserta dikehendaki menandatangani borang pelepasan.

  13. Peserta yang mempunyai masalah kesihatan terutamanya penyakit yang serius seperti lemah jantung, asma yang berat dan sebagainya TIDAK DIBENARKAN untuk hadir ke program atas faktor-faktor kesihatan dan keselamatan. Jika peserta dalam pemantauan doktor, peserta mestilah memaklumkan keadaan kesihatan sepanjang program berlangsung kepada pihak penganjur dan menandatangani borang pelepasan bagi membebaskan pihak penganjur daripada sebarang ganti rugi atau liabiliti.

  14. Pihak penganjur tidak akan mendedahkan maklumat peribadi peserta kepada mana-mana pihak yang tidak berkaitan untuk apa jua tujuan.