TERMA DAN SYARAT AM

Pihak penganjur, RichWorks International Sdn Bhd (“Penganjur” atau “RichWorks”) dengan ini menerima bahawa anda telah bersetuju dengan semua terma dan syarat yang ditetapkan seperti berikut:-


1. Semua bahan pembelajaran dan kaedah aplikasi dalam platform ini adalah hak intelek Penganjur dan sebarang penggunaannya adalah tertakluk kepada undang-undang harta intelek iaitu Akta Hak Cipta 1987 dan Akta Cap Dagangan 2019. Dilarang sama sekali pengulangan cetak atau penerbitan atau penyebaran semula bahan pembelajaran dan kaedah aplikasi yang digunakan. 
Sebarang rakaman audio, visual, kamera atau seumpamanya TIDAK dibenarkan dan pihak penganjur berhak mengambil tindakan sewajarnya termasuklah tindakan undang-undang.

 

2. Penganjur MELARANG mana-mana pihak daripada mengadakan latihan seumpama ini atau menggunakan nama dan kaedah seumpamanya tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Penganjur yang merupakan pemilik sah harta intelek berkaitan dengan program ini. 


 

3. Penganjur MELARANG sebarang kegiatan seperti mengambil data/butiran peserta, menjual barang atau apa-apa jua aktiviti yang tidak mendapat kelulusan bertulis daripada Penganjur.

 

4. Anda mestilah mematuhi peraturan yang telah ditetapkan sepanjang penyertaan.

 

5. Penganjur berhak membatalkan penyertaan anda sekiranya anda mengingkari atau melanggari mana-mana syarat penyertaan yang dinyatakan dengan serta-merta dan yuran penyertaan program tidak akan dikembalikan.

 

6. Hanya peserta yang berumur 18 tahun dan ke atas sahaja yang dibenarkan untuk mendaftar dan/atau menyertai program ini.

 

7. Pihak penganjur akan memastikan maklumat peribadi peserta dipatuhi mengikut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dan tidak akan mendedahkan kepada mana-mana pihak yang tidak berkaitan untuk apa jua tujuan.

 

8. Pihak Penganjur berhak untuk menunda sebarang tarikh, membatalkan atau menukar cara penyampaian tanpa sebarang notis.

 

BAYARAN


9. Anda boleh memilih untuk membuat pembayaran penuh atau secara ansuran. Bagi yang memilih untuk membuat pembayaran secara ansuran, bayaran pertama mestilah dibuat ketika pendaftaran program dan bayaran ansuran bermula bulan berikutnya.

 

10. Semua bayaran ansuran bulanan akan ditolak secara automatik setiap bulan. Peserta hanya boleh akses ke platform dan menikmati semua modul dalam platform tersebut sekiranya bayaran bulanan peserta adalah aktif dan tiada tunggakan. Kegagalan menjelaskan bayaran bulanan akan mengakibatkan akses peserta digantung sehingga bayaran tunggakan dijelaskan.

 

11. Semua pembayaran yang telah dibuat TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN mahupun ditukar ke mana-mana program lain dibawah anjuran pihak penganjur. 

 

LINK AKSES


12. Anda akan menerima kata laluan untuk akses platform hanya selesai proses pendaftaran. Adalah menjadi tanggungjawab anda untuk tidak berkongsi kata laluan dengan orang lain atau menjual link akses tersebut kepada orang lain.

 

13. Bagi yang membuat bayaran penuh, kata laluan untuk akses ke platform boleh digunakan selama 1 tahun. Namun, bagi anda yang memilih untuk bayaran ansuran, anda boleh akses ke platform bergantung kepada bayaran ansuran bulanan anda.

 

14. Adalah menjadi tanggungjawab anda juga untuk memanfaatkan modul yang dikongsikan dalam platform tersebut. Pihak penganjur tidak akan bertanggunjawab atas sebarang situasi. Tiada sebarang penggantian, ulangan atau penundaan dibenarkan selepas anda berjaya mendaftar.

 

15. Anda mestilah memastikan semua kelengkapan bagi tujuan program adalah dalam keadaan terbaik termasuklah rangkaian internet.